Sunday, February 5, 2012

Dimana Ada Kemahuan Disitu Adanya Jalan: RAHSIA & KELEBIHAN KAYU KOKKA

Dimana Ada Kemahuan Disitu Adanya Jalan: RAHSIA & KELEBIHAN KAYU KOKKA: RAHSIA KELEBIHAN KAYU KOKKA Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan k...

Saturday, November 19, 2011

Keyakinan Dalam Usaha Dakwah Adalah Asas Kejayaan

Asalamualaikum,
Tuan2 yang dimuliakan oleh Allah, Asas yang paling utama dalam dakwah adalah keyakinan Iman, hati yang tenteram jiwa yang tenang dapat menghayati sepenuhnya apa yang kita lakukan didunia samaada sembahyang dan berzikir dalam mengigati Allah swt.

Bagaimana perhubungan kita dengan manusia,,adakah telah kita tunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sebenar berdakwah untuk menegakkan suruhan Allah swt atau kita biarkan ia saja hanya harapkan allah yang beri hidayah.?

Kita semakin lupa apa yang telah kita janji sewaktu dalam azali lagi atau sengaja tak mau tahu kita semakin hampir dengan masalah2 sosial.

Saturday, June 18, 2011

Mari Belajar Solat Yang Betul Tartil






Doa Selepas Solat Fardu

Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma'in. Allahuma inna nas alukal 'afwa wal 'afiah, wal mu 'aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin 'aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa'azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina 'azabannar. Wasalallahu 'ala saiyidina Muhammadiw wa 'ala alihi wasahbihi wassalam. 

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. 

Doa Selepas Wuduk

Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni manat tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.
Maksudnya:
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. 
Sabda Rasullullah SAW:
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

6 Sifat Yang Unggul Dalam Diri Sahabat

Allah swt meletakkan kejayaan manusia dalam agama, sejauh mana manusia dapat mentaati perintah allah swt dengan cara nabi muhammad saw. Inilah maksud kejayaan yang allah swt takrifkan untuk hamba-hambanya..

Untuk kita berjaya didunia dan di akhirat,kita mengikut mereka-mereka yang telah menemui kejaayaan yang sebenar..Siapakah mereka2 itu???

Apakah perkara2 yang menyebabkan mereka berjaya?? Mereka2 yang dimaksudkan adalah sahabat2 R.A baginda nabi muhammad saw..

Terdapat 6 sifat2 yang unggul berada dalam diri sahabat2 yang menyebabkan mereka2 telah berjaya ...Haruslah diingat!!! bahawa 6 perkara ini bukanlah keseluruhan agama,tetapi jika 6 perkara ini ada didalam kita ! mudahlah kita untuk mengamalkan keseluruhan agama.....

Lafazkanlah Kalimah ini setiap hari 1000 kali